Monday 30 July 2012

Adakah Taubatku diterimaNya?


Saya baru selesai membaca Novel Cinta High class & cintaku kerana agamamu by Fatimah Syarha & her husband (xingt nama..Dr Farhan Hadi kot)

Apa yg boleh dikatakan~sy affected..sedih sgt..sebabnya cinta sy sudah tidak high class..:(..andai masa itu boleh diundur kembali..tp menangis air mata darah sekalipun benda yg dah jadi xkan boleh diundur kembali..dah jadi tetap jadi..hanya boleh diambil iktibar atas apa yg telah terjadi..

Tingginya keperibadiaan Qani’ah tu (watak dalam novel tu)..sy tertinggal jauh untuk menyaingi keperibadiaan dia..disebabkan itu sy terfikir, jodoh sy nnt tidaklah sebaik Muslih..sedih lg…sedangkan itulah cita2 sy sejak dahulu lg..

Saya xtahu adakah sy tersalah pilih jalan..tp sy rasa sy sudah berada di jalan yg betol pada mulanya..namun sy tidak kuat bermujahadah..mungkin itulah silap saya..dan saya tidak tegas mempertahankan prinsip hidup saya..
 
Saya tidak menyesal malah saya rasa bersyukur kerana terpilih untuk melalui ujian ini..Cuma sy rasa sedih dan terkilan…

Saya masih simpan semua SMS dan barang pemberian dia..haruskah saya membuangnya?Tapi sy xde kekuatan untk melakukannya..namun bila mengenangkan itu dosa2 silam saya, sy rasa jengkel....Ya Allah berilah kekuatan untuk ak melakukannya..
Dan kenangan2 itu kerap kembali menghantui fikiran saya..saya rasa sangat2 berdosa..Andai ingatan itu boleh dipadam~

Namun saya bersyukur kepada Allah kerana cepat menyedarkan saya…’hati itu tenteram kepada kebaikan dan resah kepada kemungkaran’…sy selalu tidak tenteram sepanjang tempoh waktu itu walaupun sy rsa sy bahagia masa tu, namun selepas sy nekad menamatkan perjalanan yg buntu itu, ketenangan itu milik saya..tenang yg sukar diucapkan..Alhamdulillah…

Nasihat sy, kepada sesiapa yg belum terjebak dan ingin mengecapi cinta high class,hindarilah jalan2 yg boleh menjebakkan anda...mencegah itu lebih baik dr merawat..

Semoga taubat saya diterima olehNya..Aminn


No comments:

Post a Comment