Friday 9 November 2012

Res-2


"You're leaving because it's easier to walk away than to fight for what you really want"
Best tak ayat tu??kebetulan plak ternampak ayat tu di saat sy nk menulis entry ni..
Tengahari td msa lunch, ofismate sy tunjuk FB someone..
someone tu ialah ex-wife cousin dia..
ex tu means dah cerai la kan..

apa yg menarik sy nk share di sini ialah punca penceraian mereka..
bercerai kerana mak mertuanya tidak suka..
sebelum bercerai mcm2 dt gurl tu kena, pernah mengndung tp ttba baby hilang dr kandungan..
Wallahualam..hny Allah yg tahu..

Bila family mertua xsuka, perkahwinan tu bukanlah satu jln yg mudah..
mungkin sebelum berkahwin, kita kata sanggup untk mengharungi apa shj bersama..
jika perkahwinan itu diteruskn jg tanpa restu..sejauh mana perkahwinan itu mampu bertahan?
Saya tiada jawapannya...

Maka itulah perkara pertama skali yg sy titik beratkan sebelum berkata yes untk sebuah perkahwinan..
Restu dr kedua2 belah pihak...
somebody pernah ckp dgn sy, knp awk mgalah nadia?kenapa awk xlawan sj..
sebab jawapannya ialah
I'm leaving because it's easier to walk away than to fight for what I really want"
sy xsanggup nk melukakan hati 2 org yg telah melahirkan dan membesarkn insan yg sy sgt syg ketika itu.
kasih ibu bawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa..
setiap ibu bapa mesti mahukan yg terbaik untuk anak2nya..

sy xsalahkan mereka bila mereka ad calon pilihan sndri~pastinya pilihn yg terbaik untk anak mereka
sy xmarahkan mereka bila mereka xsuka orang melaka~pastinya ada sebb mereka sndri
sy xambil hati pun bila mereka menolak tanpa bertemu dgn saya terlebih dahulu~mungkin itu yg terbaik!

Cara hidup & berfikir org tua bukanlah sesuatu yg mudah untuk diubah..
dan sy bukanlah seorang yg pandai dan kuat untuk mengubahnya..

Tapi sbnrnya ats 1000 alasan dan sebab sekalipun..akhirnya semuanya kembali kpd ketentuan Allah..
Sebenarnya Allah telah mencatatkan jodoh setiap hambanNya..jika ada jodoh seribu halangan pun akan bertemu jua, begitu juga sebaliknya...
Restu itu hanya salah satu drpd 1001 sebabnya shj..sekiann..

 





1 comment:

  1. ya, sesungguhnya itu benar..
    kalau Tuhan dah tetapkan jodoh kita, macam mana sulit pun jalan2 utk tempuhinya, di satu titik tertentu pasti ada sesuatu yg menanti..

    ReplyDelete